Minit Mesyuarat PeKOMIK Pada Sabtu, 23 Januari 2010
Tempat: Food Court, KL Senral
Masa: 2 ptg – 5 ptg. (Sabtu)
Kehadiran:
Azhar, Prem, jOnOs, Amier, Mysticmind, Karna, Mohd Firdaus, Noramin, Adi Imran, Shazaly, Ruby.
JADUAL Gerak Kerja PeKOMIKON 2010
15 Januari 2010
Sebanyak 10-15 kumpulan penerbitan dan 8 kumpulan media cetak telah dijemput menghantar penyertaan karya ke Anugerah PeKOMIK 2010 (AP10) iaitu melalui email, fax dan surat.
16 Januari – 1 Febuari 2010
1- Menghantar surat jemputan menjadi Rakan Penaja kepada beberapa syarikat untuk membantu menjayakan PeKOMIKON 2010. FLYERS, JADUAL AKTIVITI PeKOMIKON 2010 dan KOS AKTIVITI dicadangkan juga disertakan dalam surat.
2- Logo dan nama syarikat Rakan Penaja akan diletakkan di trofi, sijil penghargaan, banner, web site dan blog PeKOMIK.
3- Ada 2 jenis sumbangan penajaan iaitu sumbangan berbentuk kewangan dan produk. Rakan Penaja seperti mdec, PBAKL, Lat, pts, creative Eterprise, art square, BSLN, karangkraf, mayamedia, KRU Publishing, Les Copaque dll
15 Febuari 2010
1- Tarikh tutup semua penyertaan karya.
2- Menghantar surat pemberitahuan dan Jadual Aktiviti PeKOMIKON kepada kumpulan media cetak penerbitan bulanan seperti majalah-majalah komik bagi keluaran bulan Mac 2010.
20 Febuari 2010
1- Pemilihan FINALIST bagi semua kategori yang dipertandingkan di AP10 oleh Komuniti AP10.
2- Menghantar surat pemberitahuan kepada kumpulan penerbit dan media cetak yang berjaya dan layak ke peringkat FINALIST AP10.
3- Menghantar surat perlantikan juri dan jemputan menghadiri seisi pemilihan para pemenang AP10.
4- Menyediakan FLYERS, JADUAL AKTIVITI PeKOMIKON 2010 dan MONTAGE bagi AP10.
21 Febuari 2010
1- Montage bagi calon-calon FINALIST dan Pemenang Anugerah Berus Emas AP10 akan dibuat oleh rosh dan alifstyle.
2- Menghantar surat pemberitahuan dan jemputan membuat liputan kepada kumpulan media cetak mengenai pemilihan pencalonan FINALIST dan Pemenang Anugerah Berus Emas AP10.
3- Menghantar surat jemputan bagi menulis liputan kepada kumpulan media cetak ke seisi perbahasan, pemarkahan dan pengiraan jumlah markah oleh para juri.
4- Juri-juri ialah:
1. Professor Dr Mulyadi
2. Effendi
3.
4.
5.
(nama dan profil para juri akan dikemaskini dari masa ke semasa)
27 Febuari 2010
1- Para juri diberi peluang membaca, meneliti dan menilai karya FINALIST.
2- Seisi perbahasan, pemarkahan dan pengiraan jumlah markah.
13 Mac 2010
1. Keputusan muktamad pemilihan pemenang AP10 bagi semua kategori oleh para juri.
2- Para pemenang akan diumumkan pada Anugerah PeKOMIK (AP10) yang akan diadakan pada tarikh 28 Mac 2010, SABTU jam 5.30 Petang – 7.00 Petang. (1 Jam 30 Minit) yang bertempat di Bilik Seminar Dewan Kedah Johor, PWTC (Ground Floor).
14 Mac 2010
1- Menghantar surat jemputan kepada para penggiat komik Malaysia, penerbit, editor dan para pencalonan FINALISTuntuk menghadiri ke majlis Anugerah PeKOMIK (AP10).
2- Menelefon para hadirin dan para wakil penerbitan yang menyertai AP10 bagi memastikan jumlah yang hadir di majlis tersebut.
3- Menyediakan senarai kehadiran tetamu untuk tujuannya ialah untuk memastikan tempat duduk di dalam dewan mencukupi bagi semua penggiat dan peminat komik yang hadir di majlis tersebut.
18 Mac 2010 (Khamis)
1- Pemasangan papan pamer dan aktiviti mengantung serta menampal karya-karya di papan pamer.
Peralatan: Papan pamer,doublesided, mounting board, gunting, dll
Petugas : Ketua: Prem, Hafiz, Amier, Alifstyle. Kami perlukan sukarelawan lebih ramai lagi untuk menjayakan dan memeriah aktiviti ini.
PAMERAN
Tajuk: Pameran Karya-Karya Pencalonan FINALIST dan Anugerah Berus Emas Bagi Anugerah PeKOMIK (AP10)
Tempat: TR2, Dewan seberang sungai, PWTC.
Masa: 19 Mac - 28 Mac 2010.
Jadual Bertugas Di Pameran
19 Mac 2010 - 28 Mac 2010
10 pagi – 12 tengah hari
1.
2.
3.
12 tengah hari – 3 petang
REHAT
3 petang – 7 malam
1.
2.
3.
28 Mac 2010
28 Mac 2010, SABTU jam 5.30 Petang – 7.00 Petang. (1 Jam 30 Minit) Semua penggiat komik berhimpun di Bilik Seminar Dewan Kedah Johor, PWTC (Ground Floor).
JADUAL AKTIVITI-AKTIVITI PeKOMIKON 2010
Pameran AP10
Tajuk: Pameran Karya-Karya Pencalonan FINALIST dan Anugerah Berus Emas Bagi Anugerah PeKOMIK (AP10)
Tempat: TR2, Dewan seberang sungai, PWTC.
Masa: 19 Mac - 28 Mac 2010.
Petugas : Ketua: Prem, Hafiz, Amier, Alifstyle. Kami perlukan sukarelawan lebih ramai lagi untuk menjayakan dan memeriah aktiviti ini.
PeKOMIK Marketing (Laman Seni)
Jualan karya ahli seperti illustrasi poster, penanda buku, doujin, fanzine, dll.
Tempat: Level 2, Area lobby PWTC.
Masa: 19 Mac - 28 Mac 2010.
Peralatan: 1 meja atau tapak 1 meter x 1 meter
Petugas : Sukarelawan amat diperlukan.
PeKOMIK Konvensyen
Perkara: Sebanyak 10 -12 Forum akan diadakan.
Tarikh : 28 Mac 2010
Masa : 11.30 Petang – 5.00 Petang.
Tempat: Di Bilik Seminar Dewan Kedah Johor, PWTC (Ground Floor).
Berikut ialah cadangan tajuk konvensyen dan jemputan panel:
Konvensyen 01 : ‘Demontrasi Mewarna Digital Komik’
Konvensyen 02 : ‘Karangkraf Dan Novel Grafik’ oleh Apai g3
Konvensyen 03 : ‘Animas’ oleh Hassan Mutalib
Konvensyen 04 : ‘Komik-M’ oleh wanzu
Konvensyen 05 : ‘IPCC’ oleh mdec
Konvensyen 06 : ‘Hala Tuju Penerbitan Komik’ bersama editor oleh jaafar taib (Creative Enterprise), apai (g3), wanzu (komik-m), zunar (gedung kartun), dll
Konvensyen 07 : ‘ Komik, Kartun dan Karicatur’ oleh zunar
Konvensyen 08 : ‘ Komik Artist Antarabangsa’ oleh Alan Quak
Konvensyen 09 : ‘ PeKOMIK dan Anda’ oleh azhar, prem, jOnOs, din jerr, hafidz mahpar dll
Konvensyen 10 : ‘Comic Mobile’ oleh En. Shazaly Shahari
Konvensyen 11 :
Konvensyen 12 :
Ahli-ahli PeKOMIK digalakkan juga memberi idea dan cadangan untuk nama panel konvensyen ini.
Anugerah PeKOMIK (AP10)
Perkara: Sebanyak 16 Kategori akan diumumkan.
Tarikh : 28 Mac 2010 (AHAD)
Masa : 5.30 Petang – 7.30 malam.
Tempat: Di Bilik Seminar Dewan Kedah Johor, PWTC (Ground Floor).
Sekiranya ahli-ahli dan para peminat komik berminat menyumbangkan idea, sebarang cadangan atau ingin turut menyertai sebarang aktiviti PeKOMIKON 2010, bolehlah berikan nama dan email anda kepada kami di email azharmaa@gmail,com,Tel: 017-6052119 atau ruby_quest@yahoo.com Tel: 016-3713072
Segala kerjasama dan bantuan anda amat kami hargai.
Sekian, Terima Kasih.
Rubiah abdul Rahman
Setiausaha 2 (PeKOMIK)
Email: rubypekomik@gmail.com. Tel: 016-3713072
