PEKOMIK di Robofair 2009 anjuran Imagika sdn bhd pada 6, 7 dan 8 Februari


Pekomik di Robofair 2009

Tempat: Cineleisure Damansara, Mutiara Damansara, PJ.

Tarikh: 6, 7, 8 Febuari 2009

Masa: 10.00 pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sukacitanya pihak Pekomik mengadakan aktiviti-aktiviti di Robofair 2009 yang akan berlangsung selama 3 hari bermula hari Jumaat dan berakhir pada hari Ahad. Pihak Imagica telah menjemput Pekomik bersama sama dalam acara mereka kerana mereka berharap Pekomik dapat menarik lebih ramai pengunjung ke sana. Robofair ini akan berlangsung di Cineleisure, Damansara dan pihak Imagika bersama kelab Kakirobot telah berusaha untuk membuat satu perhimpunan acara robot secara besar besaran yang akan dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records.

www.kakirobot.com

Aktiviti PeKOMIK:

- Mengadakan lukisan Karikatur yang bertemakan robot
- Demo melukis robot secara digital menggunakan perisian Photoshop
- Penjualan produk produk buatan ahli ahli Pekomik, dalam bentuk buku atau pun lukisan
-Pendaftaran Ahli-ahli 2009

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.

  1. No trackbacks yet.