PeKOMIK

~ Persatuan Penggiat KOMIK Malaysia ~

Tahun membuktikan diri.

Salam perjuangan buat semua ahli-ahli Pekomik yang berusaha.

Tahun ini nampaknya masing-masing sudah mula ada kesedaran untuk melangkah lebih jauh. Antaranya, peluang yang disediakan oleh unit Komik Pts, saya fikir harus di manfaat sebaiknya oleh semua pelukis, terutama malah, anggota-anggota PeKomik.

Saya mendapati beberapa detik sebelum tahun 2007 menutup tirai, sudah ada beberapa nama yang establish didalam dunia komik di temuramah oleh akhbar. Yang paling saya ingat adalah saudara Ujang sementara di sebelah temuramah saudara Ujang adalah Saudari Sarah. Satu perkembangan yang sihat dalam bidang pelukisan dan komik.

Penghasilan Komik Komikoo juga harus diberi pujian walaupun pada keluaran pertama masih terdapat luahan emosi yang saya fikir tidak seharusnya ada pada komik yang mentakrif diri sebagai “komik yang bukan main-main”.

Ok, kita mengerti,

Harapan saya pada keluaran-keluaran selepasnya,kelompok profesional ini akan lebih fokus dalam menghasilkan kerja-kerja mereka.

Seingat saya pada tahun ini, jawatankuasa pekomik ada berura-ura untuk menganjurkan seminar mengenai hakcipta karya terutamanya yang berkaitan dengan dunia komik. Saya fikir ini peluang yang baik untuk para pelukis dan pengkarya mencedok perkara-perkara yang berkaitan. Mempelajari dan memahami selok belok undang-undang agar apa yang pernah terjadi pada saudara Ujang tidak terjadi kepada saudara/saudari pelukis semua.

Saya fikir sampai sini sahaja saya tinta saya berbicara. Sebagai golongan yang bekerja sepenuhnya dengan hasil kreativiti, hasil kerja seharusnya mendahului patah-patah bicara.

Logo Pekomik


Abd Mutalib

Penulis sepenuh Masa. Ahli Jawatankuasa Pekomik.
Email Ahmad Zafran | All posts by panaharjuna

0 comments ↓

There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

You must log in to post a comment.

 

October 2008
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031