PeKOMIK

~ Persatuan Penggiat KOMIK Malaysia ~

PAMERAN FOLIO/KARYA ILLUSTRATOR MALAYSIA 2008

Nama Pameran:’Pameran Folio/Karya Ilustrator Malaysia 2008.’

Tempat: Ruang Legar (lobby) PWTC.

Tarikh: 04 April - 13 April 2008. (10 Hari)

Anggaran Pengunjung: 2.4 juta orang (mengikut kiraan rasmi Pesta Buku 2007), 337 syarikat penerbitan dan agensi mengambil bahagian.

Objektif: Memberi ruang dan peluang kepada ilustrator mempamerkan folio (ilustrasi buku@komik) bagi tujuan mencari peluang niaga / freelance dan sebagainya.

Saiz Panel Pameran : 44 inci x 60 inci.( Sebuah panel boleh memuatkan sekitar 6-8 ilustrasi bersaiz A3 dan sekitar 12-15 bagi ilustrasi bersaiz A4. Anggaran kiraan tidak termasuk ilustrasi berbingkai (frame).

Sewa Panel Pameran : RM10.00.(harga bagi 1 panel).

Syarat dan peraturan :

A) Seorang ilustrator dihadkan kepada 3 buah panel sahaja untuk disewa bagi mempamerkan ilustrasi.

B) Semua ilustrasi hendaklah diFRAME (gunakan frame yang tidak terlalu berat) atau ditampal pada mounting board. (Warna frame dan mounting board adalah bebas mengikut kreativiti ilustrator.)

C) Semua ilustrasi yang dipamerkan adalah bebas samada dalam bentuk CETAKAN DIGITAL atau yang ASLI.

D) Pihak penganjur TIDAK bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan terhadap ilustrasi asli yang dipamerkan.

E) Ilustrator yang mempamerkan folio hendaklah menyertakan BIODATA DIRI yang ditampal pada mounting board bersaiz A4 atau A3 berserta gambar bersaiz 4R, pengalaman dalam bidang, alamat laman web/blog, nombor untuk dihubungi.

F) Ilustrasi hitam/putih atau berwarna adalah diBENARkan.

G) Ilustrasi yang dipamerkan hendaklah sesuatu yang barkait rapat dengan ilustrasi buku kanak-kanak dan remaja.

H) Ilustrasi yang berkait dengan politik, menyentuh sensetiviti agama, aksi terlalu ganas dan gambar yang menjolok mata(perempuan terlalu seksi) adalah TIDAK dibenarkan.

I) Segala ilustrasi yang hendak dipamerkan perlu diserahkan kepada urusetia program selewat-lewatnya pada 28 Mac 2008, Jumaat, jam 9:30 malam.

Nota Tambahan: Para pempamer(ilustrator) diminta hadir untuk pemilihan tapak(panel pameran) dan menyusun folio/karya masing-masing pada hari Khamis, 03 April 2008. Pihak urusetia sedia membantu seandainya pempamer tersebut tidak dapat hadir.

Segala PEMBAYARAN tempahan sewaan panel dan SERAHAN ILUSTRASI boleh dibuat melalui urusetia program:

1) jOnOs (Nor Azlin bin Ngah). HP : 012-917 8770 Emel : karyajonos@yahoo.com

2) Ruby (Rubiah bte Abdul Rahman). HP : 016-371 3072 Emel : ruby_quest@yahoo.com

contoh_folio_biodata.jpg



Email | All posts by rubypekomik

1 comment so far ↓

#1 VREMPIRE LAIR » Exciting Events 2008 on 05.19.08 at 4:02 pm

[...] Pameran Folio/Karya Ilustrator Malaysia 2008 More… [...]

You must log in to post a comment.

 

July 2008
M T W T F S S
« Jun    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031