Komik sci-fi yang berjudul DUTA GALAKSI merupakan komik tulisan dan dilukis oleh MF Ajif, yang kedua selepas PUSAKA ANGKASA di akhbar KOSMO! Kini sudah memasuki siri ke 12. Komik ini mengisahkan di awal-awal manusia mencipta hubungan dengan dunia lain. Ianya terjadi selepas berlakunya perang angkasa antara manusia dengan mahluk asing. Fokus utama jalan cerita DUTA GALAKSI ialah kepada penempatan manusia-manusia. Menggunakan pendekatan tempatan, cerita ini seolah-olah kita membaca siri STAR TREK. Pasukan penyelamat menjalankan kajian permukaan tanah di galaksi, penggunaan bio-tech nano ke atas kesan-kesan meteor di planet-planet. Saya berpendapat anda di luar sana akan enjoy membaca komik sci-fi karya MF Ajif yang dirancang sejak tahun 1996 lagi.




Hakcipta : Duta Galaksi: Prima Kejora adalah milik MF Ajif 2009/ Kosmo!
Ajif juga turut menggunakan watak-watak real di dalam komik akhbarnya dalam siri 81 hingga siri 85 dalam episod komik BARAN. Komik seram ini adalah cereka kisah benar yang berlaku di sebuah kampung di selatan tanah air. Antara lain episod yang ditampilkan ialah berkisar kepada mesyuarat ahli pekomik di ibu negara, menentukan hala tuju komik tanah air. Anggota pekomik terdiri daripada pelbagai profesyen.
