Syabas buat “Saladin”
Hari ini di muka hadapan suratkhabar Utusan Malaysia, 29 Mac 2007, buat mereka yang mengikuti perkembangan berita di Pekomik.com tentu terkejut bila mendapati bahawa “Saladin”, sebuah siri animasi dari Malaysia telah memenangi Tokyo Big Sight Award di Pesta Anime Antarabangsa Tokyo. Terjadi, seminggu yang sudah.
Pada tahun lepas, “Saladin” memenangi anugerah untuk nada teknologi terbaik di Pesta Kartun dan Animasi Antarabangsa Seoul.
Memetik kata Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Badlisham Ghazali,
“Malaysia sememangnya mempunyai pengetahuan, kreativiti dan teknologi untuk mengeluarkan animasi berkualiti tinggi bagi pasaran global. Ia menunjukkan bahawa kita mempunyai animator-animator berkelas dunia yang mempunyai keupayaan melaksanakan kerja berkualiti tinggi setara dengan penggiat-penggiat antarabangsa,�
Ini memperlihatkan betapa tingginya nilai bakat tempatan yang telah pun di iktiraf berkelas dunia dengan gengsi kemahiran teknikal untuk menghasilkan animasi yang boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bakat-bakat terbaik dunia.
Saya, walaupun bukan seorang pelukis, secara peribadi merasa bangga.
Teruskan penghasilan karya-karya terbaik kawan-kawan semua. Sudah tiba masanya, kita memperlihatkan kepada dunia Animax, kebolehan dan keunikan karya dari jemari dan idea kreativiti para animator dan pelukis-karyawan di Malaysia.
Inilah laman web SALADIN yang telah memenangi Anugerah itu. Klik bahagian ‘Trailer’ untuk menyaksikan sedutan animasinya.
Untuk berita penuh di Utusan Online, sila klik di sini.
You must be logged in to post a comment.
Syabas buat production house ini yang telah mengondol anugerah berganda. Salah seorang tenaga kerja di bahagian pre-productionn ialah pelukis komik Eisu.
http://www.comicspace.com/eisu/