Masa untuk serius.

Saya kira PeKomik masih baru dalam usianya, namun dari segi bakat, pelukis-pelukis yang ada di dalam PeKomik memiliki suatu ketrampilan yang bukan calangan. Sehingga kini harga untuk setiap artwork pelukis komik yang bernaung di bawah PeKomik masih belum dapat ditentukan, maka kita mengharapkan supaya ahli-ahli Pekomik, masing-masing boleh memberikan saranan harga untuk setiap artwork hitam putih dan juga berwarna agar urusan menyelaras “harga patut” dapat dilakukan oleh PeKomik.

Penyelarasan harga ini saya fikir perlu kita buat demi untuk mengelakkan adanya syarikat yang menganggap kita tidak serius dalam berkarya. Saya fikir isu ini penting untuk difikirkan kerana masih ada segelintir yang memandang segelintir ilustrator tempatan (diulang, segelintir) sebagai tidak serius dan tidak berdisiplin dalam berkarya.

Justeru itu, ada yang mengatasi masalah ini, dengan cara mengambil ilustrator luar untuk menyelesaikan masalah

Harap isu ini dapat difikirkan oleh ahli-ahli PeKomik dengan tenang dan diatasi dengan bijaksana.

You must be logged in to post a comment.