Jejak Pelukis: MF Ajif

Nama MF Ajif, mungkin agak asing kepada peminat komik manga di luar sana. Tetapi cukup popular di kalangan peminat komik indie dan di kalangan komuniti Pergh.com memang tidak asing lagi.

Pendekar Mata Satu
Jiwa Pedang
Jiwa Pedang

Diam tidak diam, pelukis yang pendiam ini sedang berusaha menyiapkan tutorial komik. MF Ajif, adalah pelukis generasi baru yang mempunyai skill tersendiri dan beliau juga mahir dengan teknik warna digital.
Karya komiknya yang agak menyerlah ialah Dunia Alyridura dalam komik ROCK yang diusahakan bersama pelukis Bajak dan Rock sekitar tahun 2002 dengan ToonAge Studios. Beliau turut menyumbang komik dan ilustrasi depan untuk majalah Mato-Mato.

Berikut ialah sedutan dari tutorial MF Ajif dan untuk mengetahui tentang artwork terbarunya, lawatilah websitenya

Komik pada asasnya bermaksud ilustrasi yang menyampaikan cerita dan disusun di dalam panel atau kotak-kotak tertentu mengikut aturan untuk menyatakan penceritaan dengan lebih berkesan. Komik boleh dihasilkan hanya sekeping atau bersiri.

Bagaimanakah ingin menghasilkan komik yang bagus?

Persoalan ini bergantung kepada individu itu sendiri. Sejauhmana kepekaan seseorang komik artis tersebut terhadap penghasilan komik di mana penghasilannya memerlukan penghayatan yang tinggi baik dari sudut mutu lukisan mahupun penceritaan.

Ada dua pilihan untuk menjadikan sesuatu komik itu berkualiti tinggi. Pertamanya pelukis hanya perlu menumpukan kepada penulisan sahaja tidak kepada penceritaan. Dengan cara ini proses untuk menggarap skil pelukis akan lebih cepat berbanding untuk menumpukan penulisan atau penceritaan. Di sini pelukis boleh berganding bahu dengan penulis untuk menghasilkan komik yang bagus.

Kedua, artis yang bagus lagi berbakat boleh menghasilkan lukisan dan penceritaan yang baik. Untuk mencapai tahap seperti ini pengalaman dan praktikal yang berterusan perlu dilalui.

Untuk menjadi komik artis yang baik, pendedahan terhadap pelbagai media, bahan bacaan selain daripada komik adalah perlu. Ini bertujuan untuk menjana informasi yang boleh diselit atau diterjemahkan di dalam komik bertujuan untuk memperluaskan lagi skop definasi komik itu sendiri.

Dari sudut lukisan pula, komik artis perlu mempersiapkan diri mereka dengan asas-asas lukisan di dalam dirinya. Untuk mencapai objektif ini, bukan sekadar semangat sahaja yang perlu ada, malah kemahiran seperti asas lukisan perspektif, lukisan figura, fesyen, lukisan mekanikal termasuklah asas lukisan kenderaan atau senjata, lanskap dan sebagainya.

Dengan kemahiran seperti ini dapat dicapai maka akan membuahkan hasil yang membanggakan. Namun, sesetengah pendapat mengatakan komik yang baik bukanlah di ukur melalui lukisan yang cantik semata-mata. Memang benar apa jua pendapat atau tanggapan tetapi untuk melahirkan komik artis yang baik ini adalah asas yang utama kerana penceritaan, kita boleh melantik mana-mana penulis yang baik untuk menghasilkan komik bersama dan konsep ini memang telah sekian lama digunapakai oleh syarikat-syarikat penerbitan komik terkemuka di dunia.

Oleh itu gabungan artis yang baik bersama penulis skrip yang baik akan menghasilkan karya yang mantap dan bertaraf antarabangsa kerana kedua-duanya telah menumpukan 100% di dalam mencapai objektif ini.

Cabaran untuk menjadi komik artis

Seseorang individu yang ingin digelar sebagai komik artis wajar lebih matang untuk menerima cabaran dalam mengharungi dunia komik khususnya di Malaysia ini. Antaranya ialah persaingan kualiti. Kualiti di sini baik dari sudut lukisan mahupun penceritaan. Setiap artis mestilah sanggup berdaya saing untuk merealisasikan impian dalam menaikkan komik ke tahap industri. Apabila komik sudah berada di tahap industri dan stabil maka taraf kehidupan untuk komik artis adalah memuaskan.

Kini, perjuangan perlu diteruskan walaupun pelbagai cabaran pahit manis harus ditelan dan diterima dengan dada yang lapang.

Cabaran lain seperti kemasukkan komik luar yang membanjiri pasaran kita perlu diterima dengan positif. Kita perlu mengambil langkah yang bijak dengan menghasilkan lebih banyak komik-komik (local content) yang berkualiti tinggi untuk mengimbangi keadaan di dalam pasaran.

Tidak bermaksud untuk menyekat kehadiran komik-komik luar ini, tetapi sebagai pengkarya, berkewajiban untuk menyampaikan atau mempertengahkan karya-karya kita sebagai alternatif yang berkualiti dan boleh di sampaikan dalam bentuk komik. Tidak ketinggalan juga untuk tidak generasi muda terus melupai adat, budaya mahupun karya ibunda dalam menerima arus kebanjiran komik-komik luar.

Semoga objektif ini dapat di fahami oleh sesetengah penerbit untuk merealisasikan impian komik ke tahap industri.

You must be logged in to post a comment.