Gila-Gila vs Huntoo

Hantoo

Hantoo Isu 1

Gila-Gila isu 680 kini telah berada di pasaran sempena Hari Raya Aidilfitri. Seperti majalah komik humor yang lain, Gila-Gila turut mengucapkan selamat menyambut hari raya yang mulia kepada para pembaca, cuma rupa dan penampilan tidak seperti yang lain  yang  tampil dengan edisi “bumper”. Gila-Gila menerajui majalah bumper ketika musim perayaan. Itu suatu ketika dahulu.

Dalam edisi kali ini, Ujang meghasilkan ilustrasi kulit. Simple dan kemas warna pilihan agak menceriakan, cuma latar belakang kosong.

Gila Gila 680

Gila-Gila Edisi Selamat Hari raya

Sneak Preview:

Cerita kartun idea otai Jaafar Taib dan dilukis dengan kerjasama Aza dan Ujang menghasilkan Komanna diwarnai oleh Firdaus.

Ketika bulan puasa berada di penghujung dan untuk menyambut hari kebesaran, majalah komik baru turut mencul dengan judul Hantoo. Ianya diterbitkan oleh Komik Factory, Seri Kembangan, Selangor. Ben, kartunis dan pekomik yang tidak asing lagi merupakan peneraju kepada pembikinan majalah Hantoo. Kalau gempakstarz mempunyai majalah seram-ufonya g-files, Hantoo tidak kurang hebatjuga dengan kompilasi serita-cerita seram. Pelukisnya terdiri dari Ben (Harga / Pergerakan  Huntoo Secret Society), Ken (Detektif Toodoo) dan Ceri. Komik foto touch-up oleh Pek Thong  ala-ala Ben Templesmith  yang berjudul Khayalan Koma boleh dihayati dalam majalah komik ini. Covernya berdasakan komik tersebut.

You must be logged in to post a comment.