Don
Saadon bin Ishak, satu nama besar dan juga kartunis lagenda tanah air. Namanya cukup sinonim di era kegemilangan Gila-Gila. Watak-watak anak-anak kampung yang naif Dan Din dan Don begitu menghiburkan. Latar belakang kampung; pohon-pohon menghijau, semak samun, parit , kerbau dan sawah padi dilukis, diwarna dengan begitu teliti. Cerita Dan Din Don satu muka dalam majalah Gila-Gila itu amat dinanti-nantikan oleh pembaca. Kenangan saya mengimbau ketika Tok Penghulu GG ke Sabah untuk bertemu kartunis. Beliau sempat ke Lahad Datu dan bermalam di rumah bujang tempat saya berkerja. Dalam pertemuan singkat itu, aruah pak Rejabhad pernah menunujkkan saya plet filem dalam 4 warna ( hitam dan RGB) Dan Din Don.
Aruah pak Rejabhad pernah menunjukkan saya, plet filem dalam 4 warna ( hitam dan RGB. Dalam rangka perjalanannya arwah menghasilkan kartun Panau-Panau Di Sabah. Berikut ialah secebis maklumat yang diangkat dari entri sahabat penggiat komik dan kartun, Alif Ba Ta Duniaku yang ditulis oleh jOnOs.
Bagi peminat majalah kartun ‘Gila-gila’ pastinya tidak pernah lupa gelagat kanak-kanak riang ‘Dan Din Don’ suatu ketika dahulu. Itulah karya kartunis yang menggelarkan namanya ‘Don’ atau nama sebenarnya Saadon Ishak. Kartunis yang berasal dari Grik, Perak ini mempunyai gaya lukisan kartunnya yang tersendiri. ‘Pengembaraan Pendekar Mata Tiga’ juga siri kartun beliau yang mendapat tempat di hati peminat-peminat kartun sezaman dengannya mahupun sekarang. Kartunis Don juga terlibat dalam pembinan filem animasi kedua Malaysia, ‘Putih’. Watak-watak asal dalam filem animasi tersebut adalah rekaannya berpandukan pelakon terkenal yang terdiri daripada M.Nasir, (watak Putera Aftus), Erra Fazira, (watak Putih), Wan Maimunah (watak Mak Kundur), Raja Azura, (watak Merah), dan lain-lain lagi. Beliau melakar watak-watak asal tersebut ketika para pelakon sedang melakukan proses rakaman suara bagi filem animasi ‘Putih’ berlangsung. Kartunis Don, kini aktif melukis karikatur dan menumpukan kerjayanya sebagai pelukis karikatur profesional. Beliau telah mempunyai ruang melukis karikatur di sebuah pusat membeli-belah bertempat di Bukit Bintang. Pelanggannya terdiri dari pelancong dan pengunjung tempatan pusat membeli-belah tersebut. Lukisan berbentuk karikatur hasil karyanya juga sering menghiasi kain rentang periklanan produk sebagai daya tarikan kepada pengunjung.
You must be logged in to post a comment.