Barongan: komik baru DBP

Barongan

setelah sekian lama in production, kini DBP mula menerbitkan komik ke dua dari siri komik hikayat DBP..Projek komik DBP ini bermula sejak 2004 lagi. Antara tajuk komik yang ‘in production’ dan menunggu masa utk d terbitkan adalah:

Hikayat Syah Mardan, Hang Tuah, Hikayat Amir Hamzah, Merong Mahawangsa dan banyak lagi…

Ulasan dari saudara Ajif dari bloganya:

BARONGAN adalah 1 nama watak dalam kisah-kisah cerita rakyat, lagenda yang terkandung dalam kisah hikayat melayu. Watak ini dibukukan dalam Hikayat Raja Shah Mardan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang kini isi kandungannya mula dikomikkan.

Terima kasih dan tahniah atas usaha DBP untuk mengkomikkan sebahagian hikayat-hikayat Melayu ke media komik. Secara tidak langsung dengan cara ini dapat menarik minat generasi muda khususnya untuk mengetahui dan menghayati hikayat-hikayat kita yang telah direkodkan tetapi seolah-olah terpinggir dari kamus kehidupan mereka.

Sebelum ini, DBP pernah menerbitkan komik Hikayat Melayu dan artisnya adalah Fythullah Hamzah aka Kromosom dengan penampilan tersendiri telah membuka mata bahawasanya komik berteraskan hikayat melayu boleh dikomersialkan dan dapat terima baik oleh pembaca. Hakikatnya pembaca di Malaysia dahagakan konsep dan konteks sebegini kerana kisah-kisah sejarah, mitos dan epik ini dapat diterima baik sekali sejak awal 80an lagi di mana komik-komik Hong-Kong telah menembusi pasaran Malaysia dengan mendadak. Dengan fakta tersebut maka dapat di lihat bahawa, kita dapat mengukur sejauhmana value konteks kita untuk dipasarkan.

Komik BARONGAN ini diterbitkan dengan ketebalan 64 mukasurat dalam Bahasa Melayu dan fullcolor pasti dapat menambat hati pencinta komik tanahair. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang komik ini silalah dapatkannya terus dari DBP. Rasanya komik ini cetakan terhad. So, jangan lepaskan untuk mendapatkan komik ini sebagai koleksi anda.

BARONGAN

ketebalan 64 mukasurat (fullcolor)
harga RM5.00
penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
tahun 2007
skrip Yusrizal Mohd Yusof
artis Mohammad Yazid Kamal Baharin
Fythullah Hamzah
Mohd Munadzam Samsudin
Nor Azmi Norazmi
cover Mahathir Buang

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Bahagian Multimedia
Dewan Bahasa dan Pustaka
Peti Surat 10803
50926 Kuala Lumpur
Malaysia

tel : 03-21484404 dan 03-21483654

atau

013 3911992 atau 016 3440148 En. nordin

Selamat membaca.

barongan

Comments

Trackbacks

There are no trackbacks

You must be logged in to post a comment.