Apabila Johan Jaafar menulis tentang “superhero”
Dato’ Johan Jaafar, seorang penulis dan kolumnis telah menulis mengenai pertembungan superhero dan dua tamadun dalam Berita Minggu, 4 Mac 2007.
Di Luar Lingkaran: Pertembungan superhero dua tamadun
Bersama Johan Jaaffar
SEORANG usahawan di Kuwait bernama Naif Al-Mutawa melancarkan 99 yang merupakan siri komik membawa watak superhero Muslim. Setakat ini siri komik itu mendapat perhatian baik di negara Asia Barat. Penerbitannya bertujuan memberikan pilihan lain pada watak wira sedia ada seperti Captain America, Superman, Batman, Spider-Man, X-Men dan lain-lain.
Soalnya, apakah umat Islam, terutama generasi muda, memerlukan superhero dalam bentuk komik? Berdasarkan sambutan menggalakkan di banyak negara Islam setakat ini, jawapannya nampak positif. Kita sedar bagaimana konsumer Muslim hari ini cuba melawan Coca-Cola dengan Mecca Cola. Mereka juga menggunakan kuasa wang untuk memboikot barangan yang mereka rasakan membiayai penganiayaan ke atas negara dan umat Islam. Kali ini media massa dan hiburan popular menjadi medan perang baru bagi melawan asakan dakyah Barat dan Yahudi. (more…)
(Dipetik dari Berita Minggu: 4 Mac 2007 - Versi e-news)
You must be logged in to post a comment.