another comic publisher going official
PTS Millenia sdn bhd official launch on Komik Malaysia Department
…for 3 years rumorsĀ spread about a publisher looking for comic content for its graphic novel line called” Siri komik malaysia:
now it is official:
Sebelum ini ramai peminat komik negara tertanya-tanya mengenai status Komik Malaysia di PTS Millennia Sdn Bhd. Ramai yang membuat pelbagai tanggapan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Ada yang mengatakan Komik Malaysia dibatalkan, ada yang kata tidak mungkin wujud unit komik di PTS Millennia dan pelbagai lagi.
Pada hari ini saya dengan rasminya mengumumkan penubuhan unit Komik Malaysia di PTS Millennia Sdn Bhd. Unit ini diletakkan di bawah editor berpengalaman iaitu saudara Wan Zuhairi Wan Zainuddin, seorang individu yang terkenal dalam mewujudkan komik underground Islami , Alwan Comics (www.alwancomics.com). Sebelum ini beliau bertugas sebagai editor kreatif dan kini beliau diubah ke unit Komik Malaysia sebagai editor pengurusan.
Di samping itu juga pihak PTS Millennia Sdn Bhd dengan rasminya melantik seorang konsultan yang akan memberikan khidmat nasihat terutamanya daripada sudut editorial komik. Beliau merupakan seorang yang cukup lama berkecimpung di dalam dunia penerbitan komik Malaysia. Pernah bertugas sebagai ketua unit majalah di salah sebuah syarikat penerbitan majalah berbentuk humor dan komik. Apabila disebut namanya sudah tentu para peminat komik kenal. Beliau yang saya maksudkan adalah saudara Rodin ataupun terkenal dengan nama Brader Macho di Majalah Blues Selamanya (hello-bebeh.blogspot.com). Beliau yang akan memantau daripada sudut editorial komik-komik terbitan PTS Millennia Sdn Bhd.
Gabungan dua tenaga hebat dunia komik ini memberikan impak yang baik untuk Unit Komik Malaysia PTS Millennia Sdn Bhd. Kepada para pelukis komik dan pembuat jalan cerita komik yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai perkara ini, boleh terus menghubungi saudara Wan Zuhairi di talian 016 6611 549 ataupun email terus kepada wanzu@pts.com.my. Bagi yang ingin menghantarkan karya anda bagi tujuan penilaian boleh terus mengirimkannya kepada
PTS Millennia Sdn Bhd
9-1 & 11-1 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
No. Telefon : 03 4142 7413/16
No. Faks : 03 4142 7415
3 comments ↓
Kami mengalu-alukan berita gembira dari pihak PTS M ini setelah menanti jawapan hampir 2 tahun. Syabas dan semoga niat murni PTS M akan menjadi realiti.
nak tanya..komik le.gardenie karya ben…pelukis malaysia atau luar negara?
Artis Malaysia… dia sekarang menerajui majalah POWDER
You must log in to post a comment.