Alwancomics #0

Alwancomics yang sebelum ini merupakan zine DIY yang diusahakan oleh editor dan penerbitnya, Wanzu. Sebagai wadah komik dan bahan bacaan Alwancomics sebelum ini juga memuatkan artikel, tulisan bagi pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Ianya kini telah mendapat kelulusan KDN dan telah berada dipasaran dengan format dan saiz yang comel, dengan harga mampu milik RM3.50 sahaja. Alwancomics #0 ini, menampilkan komik-komik dakwah hasil tulisan dan adaptasi cerpen oleh penulis-penulis muda yang menyumbang karya mereka di forum alwancomics.com Ada di antara karya-karya yang dimuatkan dipetik dari buku-buku yang bakal diterbitkan oleh Kumpulan PTS M. Secara umumnya, ianya merupakan komik dakwah yang patut dimiliki oleh generasi dan untuk keseluruhannya 4 1/2 bintang.

poster alwancomics

You must be logged in to post a comment.