AGENDA MESYUARAT KELAB/PERSATUAN KOMIK MALAYSIA


Tempat: Sek. Agama Al Ikhlas, Tmn Permata
Tarikh: 9 disember 2006
Masa: 11:00am

Kehadiran:

Agenda Perbincangan:

1.Ketibaan para hadirin.
2.Seisi perkenalan.
3.Pembuka kata dari Pengerusi Majlis.
4.Objektif Penubuhan kelab/Persatuan Komik Malaysia.
Menyatukan Penggiat Seni Komik & kartun di Malaysia.
Menaikkan dan memajukan scenario/ industri Negara.
Memaju, menggalak dan mengembangkan profesion dan pengkaryaan seni komik di Malaysia.
Menjalin kerjasama dengan organisasi dalam dan luar negara yang mempunyai minat dan kepentingan yang sama demi kemajuan profesion dan pengkaryaan seni komik.
Memupuk, memelihara dan menerapkan nilai murni di kalangan ahli serta membentuk masyarakat Malaysia yang harmonis melalui aktiviti seni komik.
Bagi mencapai objektif yang tersebut di atas, pertubuhan bolehlah menjalankan kegiatan yang berikut:-

i.Mengadakan bengkel, seminar, ceramah dan persidangan yang berkaitan dengan aspek profesionalisme dan pengkaryaan seni komik.

ii.Mengambil bahagian dalam aktiviti anjuran agensi kerajaan dan swasta serta organisasi lain yang ada hubungan dengan profesion dan pengkaryaan seni komik sama ada dari dalam dan luar negara.

iii.Menubuhkan kelab seni komik di peringkat daerah dan sekolah seluruh Malaysia bagi meningkat minat para remaja dan belia terhadap profesion dan aspek pengkaryaan seni komik dan kartun.

iv.Menganjur atau menjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan peningkatan mutu profesion dan persembahan seni komik di kalangan ahli.

v.Menerbitkan jurnal, majalah, makalah dan lain-lain bahan penerbitan dalam bentuk bercetak, elektronik dan laman web yang memuatkan maklumat, berita dan informasi mengenai aktiviti seni komik dalam dan luar negara.

vi.Merangka dan mengeluarkan garis panduan, undang-undang dan peraturan yang boleh dijadikan rujukan bagi menyelesaikan sebarang masalah, pertikaian atau pertelingkahan perundangan yang melibatkan karyawan komik secara individu atau kumpulan.

vii.Menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai seni komik bagi tujuan meningkatkan mutu pengkaryaan dan profesionalisme karyawan seni komik.

viii.Menetapkan satu tahap piawaian yang harus dipatuhi oleh karyawan bagi meningkatkan mutu profesionalisme dan pengkaryaan seni komik.

ix.Menyediakan anugerah, pengiktirafan dan pentauliahan berdasarkan tahap pencapaian dan piawaian tertentu bagi merangsang karyawan meningkatkan mutu profesionalisme dan pengkaryaan seni komik dan kartun..

x.Mengumpul dan merekod bahan mengenai profesion dan pengkaryaan seni komik dalam dan luar negara untuk tujuan arkib.

5.Pengumpulan maklumat penggiat seni komik dan kartun bagi menghasilkan direktori komik Malaysia.
6.Menyediakan Forum untuk membahaskan isu2 berkaitan komik dan kartun tanpa bias dan prejudis.
7.Menyediakan sumber rujukan, peluang pekerjaan dan berita mengenai industri komik tempatan.
8.Penubuhan Organisasi badan dan AJK
9.Pendaftaran Ahli dan jenis keahlian.
10.Yuran Keahlian
11.Logo.
12.Seisi Soal Jawab.
13.Sepatah Dua Kata dari pihak MDEC
14.Sepatah Dua Kata dari pihak Cedko mengenai 24hr Comic Day, Sci Fi fantasy Festival.
15.Penutup

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.

  1. No trackbacks yet.